
Berikutan respon yang sangat baik terhadap model Galaxy S7 edge Samsung Malaysia memutuskan untuk membawa masuk variasi warna terbaru Galaxy S7 edge ke dalam pasaran Malaysia.
Variasi warna Pink Gold boleh didapatkan mulai 27 Mei ini dengan harga RM 3,099 di stor jualan Samsung dan juga pengedar sah. Variasi warna baru ini dilancarkan bagi menambah pilihan sedia ada, iaitu Black Onyx, Gold Platinum, dan Silver Titanium.
Menurut Samsung, mereka sedar bahawa smartphone ketika ini merupakan satu fashion statement kepada si pemakai dan warna yang eksklusif serta tersendiri mampu menyerlahkan profil seseorang itu. Jadi mereka tekad membawakan pelbagai pilihan warna untuk pengguna.