
Kodak Ektra, Buah Tangan Terbaru Kodak Untuk Fotografi
Masih ingat sebelum ini eRing pernah berkongsi berita mengenai Kodak Bakal Perkenalkan Smartphone Baru? Hari ini Kodak dengan rasminya memperkenalkan buah tangan terbarunya yang diberi nama Kodak Ektra. Apa yang istimewanya telefon pintar ini, ia memfokuskan kepada pengguna fotografi.
Menawarkan lensa utama 21 Megapiksel dengan sensor f2.0, peranti ini hadir dengan beberapa fungsi menarik yang terdapat pada kamera Kodak. Di antaranya menyediakan aplikasi suntingan gambar seperti VSCO, Adobe Lightroom dan beberapa lagi tanpa perlu memuat naik aplikasi pihak ketiga. Bukan itu sahaja, Kodak Ektra juga dilengkapi dengan aplikasi Print bagi memudahkan mencetak gambar walau di mana sahaja berada.
Kehadiran skrin 5.0 inci diserikan lagi dengan pemproses MediaTek Helio X20, memori RAM 3GB dan memori dalaman sebesar 32GB. Malah bateri berkapasiti 3000mAh juga dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas. Buat masa ini, Kodak Ektra akan dipasarkan di negara Eropah dengan harga £449 (kira-kira RM 2,305) dan akan diperluaskan ke negara-negara lain pada tahun 2017.