Intel : Pemproses Grafik Iris Dan Iris Pro Lebih Baik Dari Majoriti Pemproses Grafik Di Pasaran

853
- Iklan -

iris-graphics

Gregory Bryant (Naib Presiden dan General Manager Intel Desktop) telah membuat kenyataan berkenaan Intel Iris Graphic, menurut beliau pemproses grafik terbaru itu mampu mengalahkan kebanyakan pemproses grafik di pasaran walaupun Iris hanya hadir sebagai unit integrasi bersama pemproses Skylake.

Tambah beliau lagi, pemproses grafik integrasi tidak lagi seperti dahulu, kini ianya 30 kali lebih baik berbanding 5 tahun lepas. Bagi golongan pemain video dan artis grafik, unit pemproses grafik khas menjadi pilihan kerana ia mampu memberi lebih prestasi dan kestabilan ketika bermain dan melakukan tugas, walaupun begitu kad grafik tersebut amat mahal. Diharapkan dengan kehadiran kad grafik integrasi yang berprestasi tinggi akan dapat mengurangkan beban bagi mereka yang ingin mendapatkan sistem komputer berprestasi tinggi.