MWC 2019: Nokia 9 PureView Rasmi – Dijana 5 Kamera Optic Zeiss + Snapdragon 845

1138
- Iklan -

Nahhh… Ini dia, peranti yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. HMD Global akhirnya memperkenalkan peranti terbaharu mereka, Nokia 9 Pureview kepada umum.

Nokia 9 PureView mempunyai keunikan tersendiri di mana lengkap dengan penyertaan lima kamera pada bahagian belakang sekaligus menjadikannya antara peranti dengan kamera terbaik daripada Nokia.

Peranti ini hadir dengan paparan bersaiz 5.99 inci QHD+ pOLED – dikatakan mampu memberi kualiti paparan pada tahap terbaik. Ia dijana oleh cip pemproses Snapdragon 845 dan dibantu memori 6GB RAM + 128GB storan dalaman.

Selain itu, ia turut dibina dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin, bateri berkapasiti 3,320 mAh bersama sokongan wireless charging dan ketahanan kalis air IP67.

Untuk kamera, peranti ini benar-benar tampil berbeza berbanding model yang lain kerana dilengkapi 5 kamera dengan resolusi sama iaitu 12MP (f/1.82) untuk setiap satu. Kamera swafoto pula adalah 20MP.

Berbicara mengenai fungsi kamera utama ini, Kami difahamkan dua daripadanya berfokuskan kepada RGB. Manakala, tiga lagi berfokuskan kepada fungsi monokrom.

Nokia 9 PureView ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat pada harga $699 (kira-kira RM 2,850). Setakat ini, ketersediaan harga untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui.

____________________________

Artikel Berkaitan: