
Apple Bakal Membawa Emoji Baharu Ke iPhone Pada Musim Luruh Ini
Sempena Hari Emoji Sedunia, Apple dilihat sedang membangunkan emoji baharu yang membawa lebih banyak kepelbagaian pada kategori makanan, haiwan, aktiviti dan wajah senyuman.
Kemas kini utama termasuk emoji Holding Hands yang biasanya digunakan untuk mewakili pasangan dan hubungan, anda kini boleh memilih gabungan kulit selain daripada jantina dalam memperibadikan orang yang memegang tangan, sebanyak lebih daripada 75 kombinasi yang mungkin disediakan.
Berikutan cadangan Apple kepada Unicode Consortium tahun lepas untuk memperkenalkan lebih banyak emoji bertemakan OKU, anjing panduan, telinga dengan alat bantuan pendengaran, kerusi roda, lengan dan kaki prostetik, semua ini kini tersedia dalam kemas kini kemudian.
Untuk emoji yang lain pula, banyak tambahan ditawarkan seperti menguap, baju renang one-piece, makanan termasuk wafel, falafel, mentega dan bawang putih, serta haiwan baharu seperti sloth, flamingo, orangutan dan skunk.
Sebanyak 59 rekaan emoji baharu akan diedarkan musim luruh ini bersama kemas kini perisian untuk iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch.








