
Berita baik buat pengguna Xiaomi Mi 9T, anda kini boleh memenangi hadiah yang bernilai sehingga RM5000 menerusi peraduan yang berlangsung dari 16 hingga 26 Julai 2019.

Bagi pengguna Xiaomi Mi 9T, anda boleh menyertai peraduan di Facebook Xiaomi Malaysia dengan hanya perlu memuat naik gambar anda bersama Mi 9T dan disertakan dengan bukti pembelian. Namun anda tidak perlu mempamerkan nombor IMEI.
Selain itu, anda juga perlu menyertakan caption yang menarik mengenai peranti ini. jangan lupa untuk tag 3 teman anda di akaun Facebook. Pastikan akaun anda ditetapkan sebagai Public.

Pemenang peraduan ini akan memenangi hadiah menarik seperti berikut:
- Hadiah utama: Mi Electric Scooter x 1 (RM1,729)
- Hadiah kedua: 2x Mi Robot Vacuum (RM1,199)
- Hadiah saguhati: 10x Mi LED Smart Bulb (RM99)
Para pemenang akan diumumkan pada 29 Julai 2019 menerusi Facebook rasmi Xiaomi Malaysia. Bagi mendapatkan maklumat, layari Facebook rasmi Xiaomi Malaysia.
____________________________________
Artikel Berkaitan:
- Xiaomi Mi 9T (6GB + 128GB) Kini Boleh Didapati Di Mi Store Yang Sah…
- Miliki Xiaomi Mi 9T Dan Mi Band 4 Menerusi Xiaomi Global Store Di…
- Xiaomi Mi 9T Kini Sudah Rasmi, Dijual Pada Harga Bermula Dari RM1199
- Xiaomi Mi 9T Muncul Sebagai Versi Global Untuk Redmi K20 – Sokong Snapdragon 730…

