
[Ura-Ura] Adakah Samsung Bakal Hadir Dengan Peranti Pertama Memiliki 12GB RAM?
RAM juga merupakan salah satu perkara penting yang perlu dinilai terlebih dahulu sebelum membeli telefon pintar. Malah, telah banyak kita lihat jenama yang menghasilkan telefon pintar dengan memori bersaiz 10GB RAM.
Enggan jenamanya tertinggal dalam dunia gajet, Samsung dikhabarkan akan memperkenalkan satu variasi 12GB RAM di samping prestasi yang tidak dapat ditandingi pada peranti pintar premium keluaran mereka iaitu Samsung Galaxy S10/S10+.

Berdasarkan khabar yang didengar, model tersebut berkemungkinan juga mempunyai ruang simpanan sehingga 1TB. Pun begitu, masih belum dapat dipastikan lagi sama ada ianya adalah simpanan semata-mata ataupun termasuk sokongan kad microSD.
Dijana oleh cip terbaharu Exynos 9820 (atau mungkin Snapdragon 8150), Galaxy S10 dijangka akan menjadi antara telefon pintar yang pastinya ‘menggegarkan’ acara MWC 2019. Sama-sama kita tunggu & lihat!
[SUMBER]
_____________________________________________________________
Artikel berkaitan:
- Ujian Benchmark Menunjukkan Samsung Galaxy S10 Dengan Pemproses Exynos 9820 Paling Berkuasa Di Antutu!
- Samsung Galaxy S10 Bakal Sokong 6 Kamera & Rangkaian 5G
- Samsung Galaxy S10 Bakal Hadir Dengan Reka Bentuk Tubuh Berasaskan Seramik?
- Singkir Pengimbas Iris, Samsung Galaxy S10 Dilengkapi Sensor Cap Jari Qualcomm Ultra-Sonic

