
Sudah Tiba Masanya Anda Menjadi Bintang Rock Di Ruang Tamu Rumah
Pernah mempunyai impian menjadi bintang rock? Masih belum terlambat untuk anda merasai sensasi glamor dan kemegahan seorang bintang rock kerana permainan muzik terkenal Rock Band kini sudah hadir dalam versi Virtual Reality.
Sekitar 9 bulan yang lalu, pembina permainan telah memuat naik teaser Rock Band VR dan ia menerima reaksi yang sangat positif dari peminatnya. Terbaru, permainan tersebut membuat kemunculan istimewa dalam acara Tokyo Game Show.
Buat masa kini pembina permainan hanya membangunkan permainan untuk instrumen gitar sahaja, menurut mereka, amat penting bagi pihaknya menjadikan permainan instrumen gitar solid dan stabil sebelum meluaskan lagi aspek permainan kepada instrumen lain. Selain itu, versi demo yang dibangunkan ketika ini hanya menyokong permainan perseorangan sahaja.

