
Mula diperkenalkan pada tahun 2016, Apple Music Student kini ditawarkan untuk pelajar tempatan. Menawarkan cas bulanan sebanyak RM6.90, ia dilihat jauh lebih murah berbanding langganan biasa pada harga RM14.90.
Untuk membolehkan pengguna menikmati langganan ini, anda mestilah seorang pelajar prasiswazah atau pascasiswazah. Pendaftaran boleh dibuat di laman rasmi Apple, manakala pengesahan pula status dibuat melalui UNiDAYS.
Sekiranya anda bukan lagi berstatus pelajar, langganan akan bertukar secara automatik ke langganan biasa yang memerlukan anda membayar sebanyak RM14.90.

