
Nokia 8 Mula Menerima Kemas Kini Android 8.1 Oreo

Nokia 8 telah mula menerima Android 8.0 Oreo pada akhir November tahun lepas. Kini, ada pula pengguna yang melaporkan mereka sudah mula memuat turun versi kemas kini terbaru iaitu Android 8.1 Oreo.
Juho Sarvikas yang mengepalai HMD Global untuk Nokia telah membuat pengumuman sekurang-kurangnya seorang pengguna telah berkongsi berita berkenaan di laman Twitter.
We are rolling out #AndroidOreo 8.1 on #Nokia8 ! Get the sweetest Android to date #Nokia8 #Nokiamobile pic.twitter.com/3pRlNuPIpe
— Juho Sarvikas (@sarvikas) February 13, 2018
Kemas kini dengan versi V4.84A adalah nombor yang sama digunakan pada versi Beta terdahulu cuma, perubahan nombor hanya dilakukan pada patch keselamatan. Kemas kini ini memerlukan ruang memori seluas 1.5GB, jadi jika anda pengguna di Malaysia sudah menerimanya, kongsikan di ruang komen dibawah.

