7 Peranti vivo Akan Terima Android Oreo Bermula April

Tahun ini banyak pengeluar telah mula menawarkan Android Oreo kepada para penggunanya seluruh dunia. Terkini, vivo pula mengumumkan peranti-peranti terpilih mereka juga akan menerima sistem operasi terbaru ini bermula bulan April kelak. Berdasarkan imej yang dikongsi, antara peranti vivo yang akan menerima kemas kini Android Oreo ialah X20, X20 Plus, X9s, Xplay6, X9s Plus, X9, dan X9 Plus.

Kemas kini yang akan mula dikeluarkan pada April depan akan didatangkan bersama antaramuka FunTouch OS versi terbaru. Sebelum ketersedian rasmi pula, vivo dikatakan akan menawarkan versi beta tidak lama lagi di dalam forum rasmi mereka.

Kebanyakan peranti yang disebutkan tadi masih belum berada di pasaran Malaysia secara rasmi, tetapi dijangka pada bulan-bulan yang akan datang, vivo bakal melancarkannya.

Sumber

You might also like