

Samsung Malaysia Electronics telah mengumumkan yang mana aplikasi mySamsung akan ditamatkan perkhidmatannya bermula 1 Mac 2018 ini. Sebagai ganti, pengguna Samsung diminta untuk beralih ke aplikasi baru yang dinamakan sebagai Samsung Members.
mySamsung adalah aplikasi yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pengguna, di samping turut membolehkan anda mendapatkan informasi, servis dan pelbagai lagi. Sebelum ini, aplikasi mySamsung hanya terhad untuk pengguna di Asia Tenggara dan beberapa buah negara sahaja.
Dalam usaha menawarkan satu aplikasi sama untuk semua pengguna seluruh dunia, Samsung menghimpunkan semuanya dibawah aplikasi Samsung Members. Melalui Samsung Members, pengguna boleh menyemak pelbagai bentuk ganjaran terkini, mendaftar produk Samsung serta memastikan peranti Samsung kekal beroperasi dengan prestasi yang baik.
Bagi anda yang menggunakan aplikasi mySamsung, anda boleh beralih ke aplikasi Samsung Members sekarang dan menikmati pelbagai ganjaran menarik.

