
Asus membawakan pilihan warna terbaru kepada barisan powerbank ZenPower Pro dengan memperkenalkan warna Baby Blue dan juga Rose Pink. ZenPower Pro mempunyai kapasiti kuasa 10050 mAh yang juga menyokong fungsi Quick Charge 2.0.
Saiz yang kompak dan juga ringan menjadikan pek kuasa ini amat sesuai dibawa ke mana-mana. Anda juga tidak perlu risau akan isu keselamatan kerana powerbank ini dibina dengan 11 teknologi power safe dan telah menerima 9 sijil keselamatan peranti antarabangsa.