Inilah Hasil Gambar Yang Diambil Menggunakan vivo V7

Kini terdapat banyak telefon pintar di pasaran yang menawarkan kebolehan kamera yang jauh lebih baik berbanding dahulu. Baru-baru ini pada majlis pelancaran vivo V7, vivo telah menjemput seorang jurufoto prosfesional, Arthur Chen untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai peranti vivo V7.

Apa yang telah dikongsi oleh beliau salah satunya ialah kehebatan kamera yang ada pada telefon pintar kini setanding kamera DSLR. Apa yang terdapat pada vivo V7, ia mampu mengambil gambar yang jelas dan cantik pada waktu siang serta penggambaran malam tidak menjadi sebarang masalah.

Kalau cakap sahaja pasti ramai yang tidak percaya, jadi dengan foto-foto yang telah diambil oleh beliau anda sendiri boleh nilaikan

Untuk makluman, vivo V7 menggunakan kamera utama 16 Megapiksel khas kepada mereka yang mengutamakan penggambaran berkualiti tinggi. Pada masa sama Arthur Chen juga seorang editor majalah, pengarah filem iklan, dan seorang juri pertandingan foto.

Ciri-ciri Menarik vivo V7

You might also like