
Bulan yang lalu, kami ada bawakan artikel berkenaan pembayaran mudah alih tanpa tunai yang diberi nama vcash. Jika anda masih belum jelas, vcash adalah sebuah aplikasi yang mendapat kerjasama telkom Digi yang memudahkan pengguna untuk melakukan pembayaran.

Hari ini, vcash Malaysia mengumumkan Revenue Valley Sdn. Bhd kini telah bekerjasama membawakan perkhidmatan vcash di 55 restoran mereka seperti Manhanttan FISH MARKET, Tony Roma’s, NY Steak Shack, TheGrill Kuala Lumpur, dan Nice Catch. Melaluinya, pengguna di Malaysia kini lebih mudah untuk membuat pembayaran tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.
Perkhidmatan ini juga dalam masa sama dapat mengurangkan masa menunggu pelanggan yang makan di kedai atau bawa pulang. Bagi peniaga pula, kepantasan setiap transaksi yang dibuat oleh pelanggan dapat meningkatkan mutu servis perkhidmatan.
Sehingga hari ini, hampir 500 premis menyediakan pembayaran tanpa tunai vcash seluruh Malaysia antaranya Astro GOShop, Ezbuy, Fish & Co, Life Juice, Major Drop, The Manhanttan FISH MARKET, Mydin, Nice Catch, NY Steak Shack, RedTick, Sam’s Groceria, TAPAK, The Lorry, Tony Roma’s, TR Fire Grill Kuala Lumpur.
Difahamkan, sehingga akhir tahun ini vcash akan menambah sehingga 2000 premis seluruh negara
Muat turun vcash : Play Store, App Store

