Chrome Untuk Peranti Android Bakal Sokong Video HDR

Berdasarkan kepada pendedahan yang telah dikongsikan dalam forum yang popular di kalangan pemilik peranti Android iaitu XDA, pelayar Google Chrome dikatakan bakal menyokong fungsi paparan video HDR tidak lama lagi. Ramalan ini dibuat setelah salah seorang daripada blogger di dalam forum itu telah menemui dua set data HDR di dalam Chromium Gerrit. Penambahbaikan ini memastikan pengalaman menonton video yang lebih berkualiti tinggi pada masa akan datang.

Sebagai rujukan, platform Android secara rasminya telah menyokong fungsi memain semula video HDR bermula dari Android 7.0 Nougat. Malah kebanyakan peranti flagship di pasaran juga telah menampilkan sokongan kandungan HDR. Sungguhpun begitu, masih belum diketahui bilakah peranti Android akan menerima kemas kini terbaru untuk Google Chrome ini.

You might also like