
Spesifikasi Samsung Galaxy J5 Prime (2017) Kini Tertiris
Selepas lebih kurang setahun model pertama Samsung Galaxy J5 Prime diperkenalkan di pasaran, kemunculan generasi kedua model tersebut iaitu Samsung Galaxy J5 Prime (2017) telah disahkan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ini telah disahkan selepas spesifikasi model itu telah tertiris di FCC dengan menggunakan nombor model SM-G571F.
Berdasarkan dokumentasi yang tertiris di Internet itu, Samsung Galaxy J5 Prime (2017) menampilkan sokongan paparan skrin IPS LCD berukuran 5.0 inci dengan resolusi 720 x 1280 piksel. Ia juga bakal dioperasikan oleh Android 7.1.1 Nougat, dikuasakan dengan pemproses empat teras Exynos 7570 berkelajuan 1.4 GHz, memori dalaman sebesar 16GB dan juga RAM berkapasiti 3GB.

Samsung Galaxy J5 Prime (2017) ini juga menyokong kamera utama beresolusi 13 Megapiksel, serta 8 Megapiksel untuk kamera swafoto. Dengan dimensi kerangka berukuran 142.7 x 69.6 x 8.1mm, ia telah menerima pek bateri sebesar 2500 mAh. Sungguhpun begitu, buat masa ini tiada sebarang maklumat berkaitan harga dan juga tarikh rasmi ketersediaan model ini untuk pasaran tempatan dan juga global.