Celcom Home Wireless, Internet Terbaik Dengan Data Sehingga 1TB!

Celcom Home Wireless, perkhidmatan jalur lebar yang dipacu dengan rangkaian 4G Celcom memberikan kediaman anda solusi Internet terbaik dengan data sehingga lebih daripada 1TB, dengan kelajuan purata 30Mbps.

Perkhidmatan ini direka unik untuk digunakan dalam kediaman dan dipermudahkan dengan ciri-ciri modem pasang dan pakai, di mana ia tidak memerlukan pemasangan ke dinding rumah, mahupun menanti lama untuk pemasangan fiber di kawasan rumah anda untuk menikmati capaian Internet berkelajuan tinggi.

Mulai hari ini, pengguna boleh mendaftar sama ada Home Wireless Gold pada RM74.20 (25GB + 40GB Walla), Home Wireless Gold Plus pada RM106 (50GB + 100GB Walla) atau Home Wireless Platinum dengan harga RM159 (150GB + 1TB Walla). Pengguna juga boleh menikmati pelbagai pilihan seperti penstriman filem sehingga 1TB kuota Video Walla, mendengar muzik terkini melalui Music Walla atau melayari Internet dengan selesa di rumah.

Pelan ini disediakan dengan modem Huawei B618 pada RM0 (Harga Runcit RM1, 500) dan pengguna boleh melanggan selama 24 bulan tanpa caj tambahan dan nikmati sambungan Internet sehingga 64 peranti.

Kini anda boleh dapatkan pelan ini secara eksklusif di pameran Homedec, KLCC Convention Centre mulai 26 April sehingga 29 April 2018. Pengunjung Homedec berpeluang memenangi langganan Celcom Home Wireless Gold dan Platinum secara percuma selama satu tahun.

Pengguna Celcom FIRST™ Gold Plus, Gold Supreme, Platinum dan Platinum Plus yang sedia ada juga akan menikmati rebat RM15 dengan melanggan Celcom Home Wireless Platinum semasa pameran Homedec.

Lawati cawangan Celcom Bluecube atau wakil yang diiktiraf Celcom yang berdekatan untuk maklumat selanjutnya.

 

You might also like