
Lionel Messi Sah Menyertai Huawei
Bintang bola sepak dunia dan dikatakan yang terhebat pada era ini telah disahkan menyertai pasukan Huawei, namun bukan sebagai pemain, sebaliknya sebgai duta produk. Lionel Messi secara rasminya telah menandatangani perjanjian bersama syarikat teknologi tersebut dalam rangka misi Huawei membawa nama mereka ke sekitar eropah dan amerika latin.
Menurut Huawei, Messi dipilih kerana beliau mempunyai personaliti yang melambangkan prinsip yang dipegang Huawei iaitu keazaman untuk mencapai kejayaan. Kerjasama tersebut diharap dapat memberi impak positif kepada perkembangan syarikat tersebut di samping mengukuhkan lagi nama Huawei di mata dunia.

