Servis Penghantaran Piza Menggunakan Robot

Hampir seluruh dunia mengenali dan meminati piza, makanan yang berasal dari Itali ini dianggap sebagai makanan santai terbaik kerana mudah didapatkan dan sememangnya lazat. Domino pula menjadi salah satu jenama global yang terkenal dengan makanan tersebut dan servis penghantaran ke rumah yang cekap dan efisien. Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, Domino tidak melepaskan peluang untuk mengintegrasi teknologi robotik di dalam servis mereka.

Dru

Domino baru-baru ini telah memperkenalkan Domino’s Robot Unit (DRU) yang menggunakan teknologi robotik tentera, ia dibangunkan oleh sebuah syarikat startup di Australia. Robot yang masih di dalam fasa pembangunan ini akan menghantar pesanan anda terus ke pintu hadapan rumah dan sebaik sahaja ia sampai anda perlu memasukkan kod unik yang dihantar ke telefon anda. Sebaik sahaja DRU mengesahkan pesanan dan kod tersebut, anda boleh mengambil makanan dan minuman yang telah dipesan.

meitu_3

You might also like