Honor 9 Diperkenalkan – Paparan DCI-P3, Dwi Kamera, Kirin 960 Dan RAM 6GB

Selepas kemunculan Honor 8 pada tahun 2016, Honor telah menggantikan tempatnya kepada Honor 9 pada tahun 2017 ini. Telefon pintar high end daripada anak syarikat Huawei ini hadir dengan ciri menarik iaitu paparan skrin bersaiz 5.15 inci HD penuh jenis DCI-P3 yang digunakan sama pada peranti Samsung Galaxy S8/S8+ dan iPhone 7.

Dwi kamera pada Honor 9 ini menggunakan sensor 12 Megapiksel dan 20 Megapiksel dengan ciri dua kali zoom optikal yang menyokong fungsi potret serta bokeh, bahagian kamera depan pula menerima sensor 8 Megapiksel.

Perkakasan dalaman hadir dengan set cip HiSilicon Kirin 960, RAM setinggi 6GB malah ruangan storan diberi pilihan sama ada 64GB atau 128GB, ia juga dimuatkan dengan slot kad hibrid. Sistem operasi pada Honor 9 dijana oleh Android 7.0 Nougat dan EMUI 5.1 terbaru.

Selain daripada itu, bagi melengkapkan peranti Honor 9 ini, ia juga disediakan bicu 3.5mm audio jack, 4G VoLTE malah Huawei juga memasukkan fungsi Huawei Pay bagi menambah keupayaan pada peranti ini. Honor 9 dibina menggunakan bingkai aluminium, di bahagian depan dan belakang pula adalah jenis gelas. Ia turut dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3,200mAh.

Honor 9 dijual di China pada harga CNY2,700 (kira-kira RM1,712) untuk varian 64GB, sementara varian 128GB pula dijual pada harga CNY3,000 (kira-kira RM1,883) bermula 16 Jun 2017.

You might also like