Dapatkan vivo V5 Plus Pada Harga RM1,111 Sempena Menyambut Tahun 2018

Bersempena menyambut tahun baru yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, vivo sekali lagi menyerikan penutup tahun 2017 dengan mengadakan promosi pada harga yang lebih menarik. Jika anda ingin mendapatkan telefon pintar khusus untuk berswafoto, vivo V5 Plus kini dijual pada harga RM1,111.

Vivo V5 Plus yang dilengkapi dwi kamera depan 20MP + 8MP membolehkan pengguna mengambil gambar swafoto yang berlatar belakang kabur. Untuk penggambaran utama, ia lebih jelas dengan adanya kamera 16 Megapiksel bersama memori RAM 4GB dan storan 64GB. Dijana menggunakan cip pemproses Snapdragon 625, peranti ini turut menyediakan dwi slot-SIM dan sistem audio Hi-Fi AK4376.

Vivo V5 Plus dengan paparan 5.5 inci ini ditawarkan pada harga rendah di kedai rasmi vivo di Lazada sehingga 1 Januari 2018 depan. Jika anda berminat, ini mungkin masa yang sesuai untuk mendapatkannya.

You might also like