
Xiaomi Memecah Rekod Penjualan Dengan 23 Juta Unit Telefon Terjual
Tahun 2016 yang tidak memuaskan buat Xiaomi telah digantikan dengan tahun 2017 yang jauh lebih baik. Permulaan yang positif ini telah mencatatkan sejumlah 23 juta unit telefon terjual di seluruh dunia. Angka ini hanya direkodkan setakat suku kedua tahun ini dan syarikat China ini memperoleh 70 peratus jumlah jualan lebih banyak berbanding tiga bulan yang lepas.
Peningkatan ini dilihat berkait rapat dengan ekonomi global yang tidak stabil, lantas pengguna lebih berhati-hati apabila mengeluarkan wang. Xiaomi mendapati pasaran di India tumbuh 328 peratus tahun demi tahun dan model Xiaomi Redmi Note 4 adalah model yang terlaris pada kali ini. Sekaligus, Xiaomi juga telah membuka Mi Home yang pertama seumpamanya di Bengaluru dua bulan yang lepas.
Reviu Eksklusif: Xiaomi Redmi Note 4, Peranti Paling Berbaloi Untuk Awal 2017?!
Di samping itu, CEO Xiaomi, Lei Jun berpendapat syarikat di bawah naungannya mensasarkan penjualan sehingga CNY100 billion (lebih kurang RM63.18 billion) menjelang akhir tahun ini, diikuti 100 juta penghantaran pada tahun 2018 kelak.

