
Sudah hampir enam tahun KL Fashion Week dianjurkan di Malaysia, acara gilang gemilang yang akan diadakan di The Pavillion pada bulan Ogos nanti turut disertai 100 pereka fesyen dari seluruh dunia termasuk Malaysia. vivo selaku pengeluar telefon pintar terkenal telah berkolaborasi dalam acara lima hari ini membawakan pengalaman bergambar menggunakan peranti flagship vivo V5s.

vivo V5s dengan hashtag #PerfectSelfie ini dilengkapi dengan kamera depan 20 Megapiksel IMX376 bersama aperture f/2.0 dan ciri Selfie Softlight terbaru mampu mengambil gambar cantik semasa pertunjukkan fesyen nanti.
Lebih menarik lagi, vivo telah menganjurkan satu peraduan yang diberi nama OOTD yang menawarkan hadiah-hadiah menarik, seperti sebuah telefon pintar vivo V5s dan tiket eksklusif VIP ke KL Fashion Week 2017. Apa yang perlu anda lakukan ialah ambil gambar fesyen bergaya OOTD anda yang turut memaparkan logo vivo bersama. Selepas itu, muat naik di laman Facebook atau Instagram menggunakan hashtag #vivoMalaysia #PerfectSelfie #vivoxklfw dan tag lima rakan anda yang lain.
Tambahan pula, jika kesemua rakan anda melakukan perkara sama, anda hanya perlu screenshot dan hantar ke Facebook Messenger vivo Malaysia untuk mendapatkan tiket wayang dari TGV Cinema.
Peraduan ini bermula hari ini sehingga 5 Ogos 2017

