Meizu Pro 7 – Pertama Menggunakan MediaTek Helio X30!!!

Sebelum ini, seperti yang diketahui model flagship Meizu akan dibekalkan dengan paparan kedua di bahagian panel belakang. Lebih menarik lagi, MediaTek mengumumkan cip tercanggih mereka, Helio X30 akan dimasukkan ke dalam badan Meizu Pro 7. Dalam masa sama, MediaTek telah merekodkan pendapatan rasmi setakat bulan Jun sebanyak CNY21.894 billion (kira-kira RM13.83 billion).

Selain itu, cip Helio X30 bercirikan 10nm sepuluh teras Tri-Cluster dikhabarkan akan dirasmikan suku kedua tahun ini, secara tidak langsung Meizu Pro 7 juga akan diperkenalkan tidak lama lagi. Pengguna yang sudah tertarik dengan peranti ini, anda boleh menarik nafas lega kerana ia akan dikuasakan dengan set cip yang lebih efisyen dan lebih berkuasa daripada MediaTek.

Meizu Pro 7 akan menggunakan paparan utama 5.2 inci HD penuh dipadankan dengan satu lagi paparan kecil berwarna jenis LCD di bahagian belakang. Selain itu, di atas paparan kecil tersebut terdapat konfigurasi dwi kamera 12 Megapiksel Sony IMX386 dan IMX286. Manakala kamera selfie di depan pula hadir dengan sensor 16 Megapiksel, serta bicu 3.5mm audio jack turut disediakan.

Sementara ada pihak industri yang memaklumkan bahawa model Meizu Pro 7 akan didatangkan dengan versi lebih besar yang menawarkan skrin bersaiz lebih daripada 5.5 inci. Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus akan dijual pada harga bermula sekitar CNY2,799 (kira-kira RM1,768) sehingga CNY3,799 (kira-kira RM2,400) mengikut spesifikasi.

You might also like