Sokongan Perkhidmatan Untuk BB10 Dan BBOS Akan Dihentikan Secara Berperingkat

Populariti platform Android dan iOS tidak dinafikan telah menenggelamkan platform BB10 dan juga BBOS yang pernah popular satu ketika dahulu. Memandangkan pengguna pada masa kini lebih cenderung untuk memilih kedua-dua platform tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry iaitu John Chen, telah mengumumkan bahawa peralihan perisian BlackBerry telah selesai sepenuhnya dan bercadang untuk menghentikan sokongan perkhidmatan untuk platform BB10 dan juga BBOS secara berperingkat.

Kali terakhir BlackBerry menghasilkan peranti berasaskan BB10 dan BBOS adalah pada tahun 2015 yang lalu, dan BlackBerry sendiri dilihat telah beralih arah dengan memperkenalkan peranti keluarannya yang dioperasikan oleh platform Android melalui kemunculan model BlackBerry Priv pada penghujung November 2015. Jadi keputusan menghentikan perkhidmatan untuk kedua-dua platform BlackBerry ini dirasakan tepat pada masanya.

Gambar : Simon Dawson/Bloomberg via Getty Images

Namun bagi menghargai kesetiaan pengguna, BlackBerry dikatakan sedang menjalinkan kerjasama di BlackBerry Mobile untuk menawarkan program penukaran peranti melalui tawaran diskaun dan juga insentif untuk menaik taraf ke peranti BlackBerry terbaru seperti BlackBerry KeyOne atau Motion.

Pemberhentian sokongan perkhidmatan untuk BB10 dan BBOS:

  • Laman sesawang BlackBerry Travel akan dihentikan pada Februari 2018.
  • Perkhidmatan panggilan video Playbook akan dihentikan pada Mac 2018.
  • Kedai aplikasi BlackBerry World akan dihentikan pada 31 Disember 2019.
You might also like