Peranti iOS Boleh Menggunakan Shazam Walaupun Tanpa Sambungan Internet

Selepas Apple membuat pembelian Shazam, aplikasi pengecaman muzik popular ini dilihat telah menerima satu kemas kini terbaru khusus untuk peranti iOS. Pemilikan aplikasi ini secara sah telah memberi kelebihan untuk peranti milik Apple kerana ia kini berupaya menyokong fungsi pengecaman muzik tanpa memerlukan sambungan Internet.

Maklumat berkaitan lagu yang telah dibuat sebelum ini akan terus dipaparkan pada aplikasi ini sebaik sahaja peranti iOS memiliki akses Internet. Pemilik peranti iOS sudah boleh memuat turun aplikasi Shazam ini secara percuma melalui kedai aplikasi rasmi App Store mulai hari ini.

You might also like