Ujian Beta Android Nougat 7.0 Untuk Samsung Galaxy S7 & Galaxy S7 Edge

1Tahun lalu, Samsung menawarkan program beta Marshmallow yang membenarkan pemilik Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge mendapatkan akses awal Android 6.0 sebelum kemas kini tersebut dilancarkan secara rasmi. Beberapa hari lalu Samsung telah mula melancarkan ujian beta Android 7.0 Nougat untuk Galaxy S7 di United Kingdom. Namun ia telah ditarik balik dan khabarnya ia akan mula dilancarkan pada 9 November.

2Dikenali dengan nama Galaxy Beta Program, pengguna yang menyertai ujian beta ini perlu memuat turun aplikasi Galaxy Beta Program dan mengisi borang penyertaan program beta di dalam aplikasi ini. Samsung kemudiannya akan menapis permohonan, hanya sekelompok kecil pengguna sahaja akan terpilih bagi menyertai program ini.

Menurut khabar, program ini hanya dibuka buat pemilik Galaxy S7 dan S7 Edge di United Kingdom sahaja bagi fasa awal ujian. Kami akan berikan berita semasa jika ujian ini dibuka untuk pengguna tempatan.

 
3

You might also like