SKMM Cadang Garis Panduan Main Pokemon Go

1

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bercadang mengeluarkan panduan keselamatan untuk orang ramai yang mahu bermain Pokemon Go di negara ini. SKMM dalam satu kenyataan media berkata, langkah itu seiring dengan panduan keselamatan yang telah dikeluarkan oleh beberapa buah negara lain untuk permainan siber itu.

“SKMM sedar permainan Pokemon Go boleh mengundang mudarat kepada orang awam jika perkara-perkara berkaitan keselamatan diabaikan. SKMM sedang mempertimbangkan mengeluarkan panduan keselamatan serupa untuk manfaat orang ramai,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, SKMM menyeru orang ramai sentiasa mengutamakan aspek keselamatan diri ketika bermain Pokemon Go bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. “Mereka juga perlu peka dengan keadaan di sekeliling mereka selain mematuhi peraturan-peraturan sedia ada dan sensitiviti masyarakat setempat,” jelasnya lagi.

10 perkara yang harus dititik beratkan semua trainer di Malaysia

1.1

Lindungi Data Peribadi

Permainan ini menghendaki anda untuk mendaftar dan berkongsi maklumat peribadi selain menggunakan lokasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). Pertimbangkan sama ada anda sanggup mendedahkan maklumat peribadi anda. Ibu bapa juga harus sedar bahawa data anak-anak mereka diambil ketika bermain Pokemon Go.

 

 

1.2

Sentiasa Berwaspada Dengan Penipuan Dalam Talian Dan Luar Talian

Berhati-hati dengan aplikasi mudah alih palsu dan peralatan mencurigakan yang berada dalam talian dan ditawarkan kepada anda. Ini kerana aplikasi sedemikian mungkin mendedahkan anda kepada ancaman penggodam atau ‘malware’.

1.3Pantau jumlah wang yang anda belanjakan ketika melakukan pembelian melalui aplikasi mudah alih, ia mungkin menelan belanja yang tinggi.

Terdapat pembelian yang boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih dan insentif-insentif lain yang harganya boleh mencecah US$99.99 atau RM403.86 (untuk 14,500 syilingPoke). Justeru, sentiasa sedar apa yang anda belanjakan.

1.4

Sambungan data

Pokemon Go akan menggunakan GPS dan sambungan data (Wifi atau data mudah alih, sama ada 3G atau 4G) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan sekitar anda dan ini berkemungkinan menjejaskan kuota data mudah alih anda.

 

 

 

1.5Bawa bersama bateri tambahan untuk telefon anda

Pokemon Go akan memakan banyak bateri telefon anda. Oleh yang demikian, bawalah bersama cas bateri atau sumber kuasa dan bersedia untuk menghubungi anggota keluarga jika berlaku kecemasan.

 

1.6

Jangan masuk ke kawasan berbahaya atau kawasan larangan atau tempat beribadat, hormati privasi kawasan-kawasan berkenaan

Jangan merayau atau memasuki kawasan berbahaya dan kawasan-kawasan larangan atau tempat-tempat beribadat dalam usaha anda untuk menangkap Pokemon.

 

1.7

Waspada dengan individu yang ingin berjumpa dengan anda

Jangan bermain secara bersendirian atau bersetuju untuk bertemu dengan individu yang tidak dikenali ketika bermain permainan tersebut.

 

 

 

1.8Berhati-hati semasa bermain dan jangan menunggang basikal mahupun motosikal atau memandu kereta ketika menggunakan telefon anda

Berhati-hati semasa menggunakan telefon anda dan jangan menunggang basikal atau motosikal, mahupun ketika memandu kereta, termasuk ketika bermain Pokemon Go atau menghantar teks pesanan kepada rakan dan anggota keluarga anda.

Mana-mana pihak yang mempunyai kebimbangan mengenai isu keselamatan dan sensitiviti permainan Pokemon Go harus menghubungi Niantic atau melaporkan isu melibatkan PokeStop atau Gym.

You might also like