
Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, OPPO Malaysia ada berkongsi mengenai telefon pintar edisi khas iaitu OPPO F7 x Neelofa Edition yang akan diperkenalkan sebelum Hari Raya. Terkini, OPPO Malaysia telah melancarkan telefon pintar dwi-kamera terbaru mereka untuk pasaran tempatan, OPPO R15 Pro dengan tawaran harga RM2,399. Peranti ini boleh dibeli di kedai konsep OPPO yang terdekat, kedai telekomunikasi Celcom, kedai OPPO dalam talian atau rakan e-dagang seperti Lazada, Shopee dan 11street.
Anda boleh mendapatkan telefon pintar ini bermula 1 Jun 2018 bersama hadiah percuma terhad dari OPPO, manakala bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan di kedai flagship KLCC pula boleh mendapatkan peranti ini sehari lebih awal iaitu 29 Mei 2018, dan 100 pelanggan pertama sahaja akan menerima hadiah terhad.
OPPO R15 Pro bukan sahaja menawarkan spesifikasi yang telah dinaik taraf malah aspek luaran khususnya rekaan telefon pintar ini juga dilihat lebih premium dengan kualiti bahan binaan berasaskan gelas 3D, hasil sentuhan sentuhan Karim Rashid, pereka industri terkemuka dunia.
Kelebihan R15 Pro adalah merupakan telefon pintar pertama keluaran OPPO yang menawarkan lensa kamera dwi-kamera di Malaysia dengan ciri-ciri penggambaran yang menarik. Tidak hanya memfokuskan kepada fungsi penggambaran, peranti ini juga sesuai untuk mereka yang mementingkan prestasi sesebuah telefon pintar.
Dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo dengan pemproses Snapdragon 660 berkelajuan Octa Core 2.2GHz, peranti ini menawarkan RAM 6GB dan storan sebesar 128GB. Malah kehadiran pengecasan pantas VOOC pula membolehkan anda mengecas bateri berkapasiti 3,430mAh dengan lebih pantas.

