Monitor Melengkung Samsung 2016 Untuk Kepuasan Anda

1264
- Iklan -

Curved MonitorSamsung Malaysia Electronics baru-baru ini melancarkan monitor melengkung edisi 2016. Skrin 24 inci melengkung ini mampu memberikan pengalaman tontonan yang memuaskan, tidak kira untuk melakukan kerja mahupun bermain. Reka bentuk elegan membolehkan anda meletakkannya di mana-mana ruang rumah.

 

Kualiti Gambar TerbaikVibrant and Superior Picture Quality

Vibrant and Superior Picture Quality (2)Samsung memastikan kualiti imej terunggul dengan melengkapkan monitor ini dengan nisbah kontras 3000: 1, terbaik dalam kelasnya bagi memastikan imej terpancar lebih tajam dan jitu. Reka bentuk melengkung pula akan melindungi monitor ini dari risiko kebocoran cahaya dari tepi skrin, sekaligus menghasilkan paparan gelap yang lebih baik.

 

Pengalaman Menonton ImersifComfortable and Immersive Viewing Experience

Monitor melengkung menjadi pilihan pengguna masa kini kerana ia bukan sahaja cantik malah menawarkan keselesaan kepada mata. Reka bentuk ini membolehkan anda mengesan imej dan objek di skrin dengan lebih baik dan mudah, menjadikan tontonan lebih selesa. Selain itu para jurutera Samsung juga telah menala monitor ini untuk mengeluarkan cahaya biru serendah mungkin bagi mengurangkan kesan cahaya biru kepada pengguna.

Samsung bekerjasama dengan platform stor atas talian 11Street dan Lazada bagi membawakan monitor melengkung edisi 2016 ini kepada anda. Bermula sekarang sehingga 31 Ogos 2016, anda boleh mendapatkan monitor ini pada harga RM959 (tawaran diskaun 33%) beserta pencetak Samsung bernilai RM 330 akan dihadiahkan bagi setiap pembelian monitor ini.

 

Spesifikasi Monitor Melengkung Samsung 2016

Super Slim and Sleek DesignNoname