Reviu Eksklusif: Power Sangat Ke Kamera OPPO Reno3 Pro Ini? Ke Biashe-Biashe Jer?

Guys!!! OPPO Reno3 Pro baru sahaja dilancarkan dan orang ramai kini sibuk memperkatakan mengenai peranti ini. Sejauh manakah kehebatan peranti ini? Adakah betul-betul menakjubkan? Atau hanya pada nama sahaja? Jom kita tengok!

Rekaan Memang Eksklusif!

Jika anda lihat pada panel belakang ini pasti anda terus jatuh hati. Macam jumpa jodoh!! aiceh… Panel belakang OPPO Reno3 Pro ini sangat cantik dengan gradient warna yang sangat eksklusif. Susunan kamera yang menegak seperti rekaan tipikal telefon pintar yang lain tapi tampak lebih kemas dengan kemasan. Kamera hadapan pula memperlihatkan rekaan dwi kamera yang tertanam.

Skrin Puas Giler

Telefon ini hadir dengan skrin yang best giler iaitu 6.4″ SuperAMOLED FHD+ dan tampil dengan nisbah skrin ke kerangka 91.5% yang memang mengagumkan. Dengan bezel yang nipis memberikan sentuhan yang lebih menawan pada tontonan peranti ini. Jadi paparan sangat baik, dengan warna yang terhasil dan kawalan yang sangat smooth. So tak ada lah korang nak meroyan kalau lag.

Pemproses Yang Memang Power!

peranti ini tampil dengan julung kalinya menggunakan pemproses MetiaTk Helio P95. Secara keseluruhannya, ia memaparkan prestasi yang memuaskan bagi kelasnya. Tiada sebarang lagi ketika menggunakannya walaupun melakukan pelbagai tugasan. Kami juga menguji sejauh mana kehebatan peranti ini menggunakan AnTuTu. Dapatan daripada ujian ini memperlihatkan ia berada dalam prestasi yang memuaskan.

Syiok Pakai Kamera!!

Apa yang mengagumkan mengenai peranti ini ada lensa empat kamera belakang Reno 3 Pro terdiri daripada 64MP (f / 1.7) + telefoto 13MP (f / 2.4) + 8MP (f / 2.2) super lebar + kedalaman 2MP (f / 2.4). Selain menyediakan mod penangkapan 108MP ultra-jelas dan mod Ultra-Dark yang dapat memotret lebih terang daripada yang dapat dilihat oleh mata dalam gelap, ia juga dapat bekerjasama dengan lensa telefoto 13MP untuk mencapai 5x zoom hibrid dan keupayaan zoom digital 20x!

Di samping itu, Reno 3 Pro juga disokong oleh Ultra-Steady Video 2.0+ Pro. Walaupun anda menjalankan dan memegang video, kesannya tetap stabil seperti menggunakan gimbal! Tak percaya? Jom tengok hasil gambar!!

Bateri Yang Boleh Tahan!

Kami juga turut menguji sejauh mana bateri ini mempengaruhi prestasi telefon ini. Jadi kami melakukan ujian pengejasan ke atas peranti ini yang tampil dengan kapasiti bateri 4025mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 30W.

Kami mula mengecas pada jam 11.24 pagi iaitu pada ketika bateri berada pada paras 1%. Ia berjaya di cas penuh pada jam 12.16 tengah hari. Mengambil masa hanya selama 22 minit sahaja!

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, kamera peranti ini pastinya sangat mengujakan ketika digunakan. Hasil gamabr juga sangat baik. Ditambah dengan kuasa dalaman yang memukau membuatkan korang tak senang duduk untuk memiliki peranti ini. Jadi tunggu apa lagi!!!

You might also like