
Xiaomi Mi Max 2 Berwarna Hitam Pula Dikeluarkan
Ramai di antara kita yang suka menggunakan warna hitam, kerana warna ini sesuai digayakan dan ia tidak terlalu menarik perhatian orang sekeliling. Oleh kerana tidak mahu lepaskan peluang, Xiaomi juga ingin mengikut langkah rakan-rakan pengeluar lain dengan memperkenalkan phablet Mi Max 2 dengan warna Matte Black menambah warna tunggal sebelum ini iaitu warna Gold.
Peranti yang mempunyai paparan bersaiz 6.44 inci HD penuh, memori storan 64GB dan bateri berkapasiti 5,300mAh telah dilancarkan pada bulan lepas. Sementara varian terbaru ini hanya dipasarkan di Hong Kong sahaja buat masa ini pada harga HKD1,899 iaitu kira-kira RM1,052.