Pengguna Sony Xperia Z5, Z3+ Dan Z4 Tablet Kini Boleh Muat Turun Android 7.1.1 Nougat

Kebelakangan ini, setiap pengeluar telefon pintar sedang giat mengeluarkan kemas kini pada peranti masing-masing. Selepas kemunculan Android 7.0 Nougat pada Sony Xperia Z5, Z3+ dan Z4 Tablet bulan Februari lepas, kini Sony mengeluarkan pula kemas kini versi 7.1.1 yang sedia untuk dimuat turun.

Kemas kini dengan nombor binaan 32.4.A.160 termasuk patch keselamatan (dikeluarkan 1 Jun 2017) turut membawakan ciri-ciri seperti Xperia Assist yang membantu pengguna meneroka, kehadiran mod stamina, dan penambahbaikan dalam prosesan gambar. Namun ia terdapat sedikit masalah pada log panggilan, yang dilihat masih belum diselesaikan.

You might also like