
Kemas Kini Android Nougat Untuk Peranti Sony Dilancarkan Semula
Bulan lalu kami ada melaporkan Sony telah menangguhkan pelancaran Android Nougat untuk peranti Xperia Z5, kini berita baik untuk pemilik model Xperia Z5 dan beberapa model lain dari Sony! Nampaknya Sony sudah memulakan semula pelancaran kemas kini Android Nougat tersebut.
Menurut Xperia Blog melaporkan bahawa Sony kini melepaskan kemas kini Nougat untuk Xperia Z3 +, Xperia Z5, dan tablet Xperia Z4. Sebelum ini, Sony menangguhkan edaran kemas kini kerana beberapa pengguna melaporkan masalah setelah mereka memasang kemas kini tersebut. Sony dengan pantasnya menghentikan kemas kini tersebut dan memperbaiki masalah yang dilaporkan, sekarang kemas kini Android Nougat sudah sedia digunakan.