
Anda ingin memiliki Peranti 5G pertama Malaysia yang mendapat kelulusan daripada SIRIM iaitu HUAWEI Mate 30 Pro 5G, jangan risau kerana anda boleh memilikinya menerusi Celcom, Maxis, Digi dan U mobile.
Menerusi Celcom, anda boleh memiliki peranti ini pada harga bermula dari RM99/sebulan menerusi Celcom EasyPhone. Anda boleh membeli atau menyewa telefon ini. Terpulang kepada anda.
Menerusi Telco Digi pula, anda boleh memiliki peranti ini pada harga bermula RM68/sebulan menerusi Digi PhoneFreedom 365. Buat yang tidak tahu, Program peranti terbaharu yang menawarkan kepada anda jalan muda untuk memiliki telefon baharu termasuklah telefon ini.
Ia hadir dengan 2 plan iaitu Postpaid Rate Plan (Mobile Service Plan) dan 24 bulan Device Instalment plan.

Bagi Maxis pula, mereka turut menawarkan RM99/sebulan menerusi plan Zerolution. Menariknya, menerusi program pemilikan peranti pintar yang membenarkan anda untuk membeli peranti ini tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Tempoh bayaran adalah selama 24 bulan tanpa sebarang faedah.
Dalam pada itu, U Mobile juga turut memberi tawaran menarik bagi peranti ini apabila anda boleh membeli peranti ini pada harga hanya bermula dari RM1599 Unlimited Hero. Tiada bayaran pendahuluan perlu dilakukan.
jadi tunggu apa lagi, memiliki peranti HUAWEI Mate 30 Pro 5G di mana-mana Telco yang anda inginkan!!
______________________________
Artikel Berkaitan:

