
Standby Semua! realme X50 Pro 5G Diumumkan Pada 24 Februari Ini
Beberapa minggu lalu, realme telah mengusik orang ramai mengenai kemunculan peranti perdana baharu mereka di persidangan MWC 2020. Peranti yang dimaksudkan adalah realme X50 Pro 5G. Pun begitu tarikh pelancaran rasmi peranti berkenaan masih menjadi tanda tanya.

Nampaknya segala persoalan itu terjawab apabila realme secara rasminya berkongsi tarikh rasmi menerusi sebuah poster acah – dijadualkan berlangsung pada 24 Februari kelak! Apa agaknya penawaran istimewa yang bakal dibawa oleh realme untuk peminat setia? Ikuti kami untuk laporan seterusnya.
Artikel Berkaitan :

