
Ini sesuatu yang best apabila Touch ‘n Go eWallet kini bakal menerima pakai QR DuitNow iaitu QR Standard Kebangsaan Malaysia dan menyertai ekosistem DuitNow yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (PayNet).
Setakat ini, sebanyak 40 bank di Malaysia telah menjadi sebahagian daripada ekosistem DuitNow, di mana 9 daripadanya telah menawarkan QR DuitNow dalam aplikasi perbankan mudah alih mereka. Sementara itu, 38 bank, e-dompet dan entiti bukan bank juga dijangka akan memulakan implementasi QR DuitNow dalam tempoh 6 hingga 9 bulan akan datang.
Justeru, bermula Julai ini, Touch ‘n Go eWallet akan beroperasi di dalam DuitNow dan bakal melaksanakan proses peralihan secara progresif buat semua peniaganya kepada Kod QR DuitNow.
DuitNow QR menyediakan landskap pembayaran yang lebih cekap, berdaya saing dan berinovasi di Malaysia dengan membolehkan fungsi saling boleh kendalian, menggalakkan persaingan kolaborasi dan menyediakan akses yang adil dan terbuka terhadap perkongsian infrastruktur pembayaran.
Bagi yang tidak mengetahui, DuitNow QR adalah lanjutan kepada perkhidmatan DuitNow yang dilancarkan pada Disember 2018, yang membolehkan pelanggan bank membuat pemindahan wang secara serta-merta dan selamat, tanpa mengira masa melalui saluran perbankan Internet atau mudah alih.
______________________
Artikel Berkaitan:
- Senarai Promosi Touch ‘N Go eWallet Bulan Februari – Tawaran Menarik + Pulangan Tunai…
- Kini Korang Boleh Guna Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
- Program ‘e-Tunai Rakyat’ Insentif RM30 – Macam Mana Nak Dapatkan Bonus Eksklusif RM30 Di…