
Google hari ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi khas untuk pengguna Android yang diberi nama Datally. Aplikasi ini memfokuskan kepada penjimatan data mudah alih anda.
Dengan Datally, selain boleh mengaktifkan penggunaan VPN yang menjimatkan data, anda juga boleh melihat aplikasi yang paling banyak menggunakan data. Jadi, ia secara tidak langsung dapat mengawalnya.
Bukan itu sahaja, Google turut menyertakan sokongan mencari rangkaian WiFi tempatan yang berada berdekatan supaya boleh menjimatkan lagi penggunaan data anda.
Bagi yang menggunakan telefon pintar Android, anda boleh memuat turun Datally hari ini dan mula menjimatkan penggunaan data anda.

