Rovio Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Windows Phone

2Siapa tak kenal siri permainan Angry Birds yang pernah menjadi kegilaan suatu ketika dahulu, malah jutaan pemain masih lagi aktif dengan permainan tersebut. Rovio membina permainan Angry Birds untuk tiga platform mobil utama iaitu Android , iOS dan juga Windows Phone .

Namun menurut perkembangan terbaru dari Rovio, mereka akan menghentikan pembangunan permainan untuk Windows Phone dan akan meletakkan fokus mereka kepada platform Android dan iOS. Kekurangan pengguna pada platform Windows Phone mungkin menjadi sebab utama Rovio mengambil langkah tersebut, ini kerana bukan sahaja Rovio yang bertindak sedemikian, beberapa pembina aplikasi juga mengambil langkah yang sama.

4Bagi pengguna Windows Phone, anda masih boleh bermain permainan dari Rovio, namun anda mungkin tidak dapat menikmati kemas kini dan ciri-ciri terbaru pada permainan mereka. Adakah ini boleh dianggap sebagai salah satu tanda untuk anda bertukar platform atau anda masih mahu setia dengan Windows Phone? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

 

You might also like