110 Juta Unit Model Redmi Berjaya Dijual Oleh Xiaomi
Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di pasaran pada Ogos 2013 yang lalu, Xiaomi telah mendedahkan bahawa mereka telah berjaya menjual sebanyak 110 juta unit model Redmi sepanjang tiga tahun ini.
Kenyataan ini telah didedahkan sendiri oleh Naib Presiden Xiaomi iaitu Hugo Barra melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Angka jualan yang agak membanggakan ini sebenarnya telah dibantu dengan faktor harga jualan mampu milik serta sokongan spesifikasi yang terbaik di dalam kelasnya. Bahkan pada bulan Mei yang lalu, Hugo Barra juga pernah mengumumkan bahawa sebanyak 600,000 unit Redmi Note 3 telah berjaya dijual dalam tempoh 2 bulan di pasaran India sahaja.
Di dalam tweet yang berbeza, Huga Barra juga turut mendedahkan fakta menarik yang memperlihatkan bahawa pengguna Redmi terdiri daripada golongan muda yang sangat aktif menggunakan Internet dan juga aplikasi mudah alih terutamanya media sosial.