
Terkini! Siri Samsung Galaxy S20 Pertama Menggunakan Snapdragon 865!
Siri Samsung Galaxy S20 bakal dilancarkan secara besar-besaran dalam acara tahunan Galaxy Unpacked 2020, pada 12 Mac 2020 jam 3 pagi (waktu tempatan). Pendedahan awal sama ada reka bentuk atau spesifikasi bagi siri baharu ini tidah pernah berhenti sejak awal tahun.
Kini masih tinggal kurang daripada 20 jam sahaja untuk dirasmikan, laman sesawang terkenal evleaks berkongsi lagi poster siri Galaxy S20 yang lebih teliti. Menerusi poster, jelas dilihat siri baharu akan hadir dengan Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra yang hanya tersedia dalam versi 5G.
Galaxy S20+ 5G dan Galaxy S20 dilengkapi kamera utama 64MP, manakala Galaxy S20 Ultra 5G dilengkapi kamera utama 108MP menjadikannya peranti pintar kedua selepas Xiaomi Mi Note 10. Galaxy S20 Ultra menyokong 100x zum dan tersedia dengan lensa telephoto, 12MP Ultra Wide-angle dan lensa DepthVision selain 108MP kamera utama.
Spesifikasi lain termasuk paparan OLED dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi mencecah 2K+ dan dijana oleh cip pemproses Snapdragon 865 yang pertama dirasmikan. Apa lagi yang menarik kali ini? Jangan lupa ikuti laporan penuh dari kami.

