
Lelong adalah salah satu pilihan kedai atas talian yang popular di Malaysia, dan kini mereka telah melancarkan satu lagi servis baru yang meletakkan fokus kepada jenama kukuh dan terkenal. Stor atas talian yang dikenali sebagai Lmall telah dilancarkan servisnya baru-baru ini dengan beberapa jenama antarabangsa beroperasi di bawahnya. Antara nama-nama terkenal adalah Razer, Oppo, Nestle, Nescafe dan banyak lagi. Ketika ini terdapat beberapa tawaran istimewa dari jenama yang terlibat, jadi cubalah jenguk laman web tersebut di www.lmall.my

