

Setiap kali tibanya musim perayaan, terdapat dua perkara yang paling dinantikan-nantikan iaitu cuti yang panjang dan pada waktu inilah pelbagai tawaran serta diskaun menarik ditawarkan kepada pembeli. Nampaknya OPPO juga tidak mahu ketinggalan kerana mulai 21 Disember 2017 sehingga 3 Januari 2018 nanti, pembeli model OPPO F5 atau OPPO F5 6GB akan menerima termos air bernilai RM99 secara percuma.
Ditawarkan dalam warna merah dan hitam, termos air ini akan diberikan kepada pembeli salah satu daripada model yang dinyatakan sama ada secara atas talian iaitu melalui laman sesawang rasmi OPPO ataupun secara luar talian iaitu di Kedai Konsep OPPO di seluruh negara.

