Rangkaian 5G Dilaporkan Bakal Dilancarkan Pada Tahun 2019

Setelah sekian lama berada dalam peringkat pembangunan, akhirnya rangkaian generasi terbaru 5G bakal menjadi realiti tidak lama lagi. Berita ini telah disahkan selepas organisasi yang bertanggungjawab dalam mengawal piawaian rangkaian selular iaitu 3GPP, telah menandatangani spesifikasi pertama untuk rangkaian 5G.

https://twitter.com/sherifhanna/status/943553862287310848?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.theverge.com%2F2017%2F12%2F20%2F16803326%2F5g-network-specification-standard-3gpp-nr-official

Perkongsian tweet oleh Sherif Hanna, Pengarah Pemasaran Produk Modem Selular 4G & 5G, Qualcomm.

Melalui persetujuan rasmi terhadap piawaian 5G ini sekaligus memberi panduan kepada syarikat yang berkaitan terhadap keperluan dalam membina fasiliti rangkaian tersebut. Sungguhpun begitu, pelancaran rangkaian generasi kelima ini dilaporkan akan hanya boleh dilihat mulai tahun 2019 nanti.

You might also like