
Fitbit yang merupakan peneraju pasaran kesihatan dan kecergasan, baru-baru ini telah memperkenalkan model terbarunya dengan kemunculan Fitbit Alta untuk pasaran tempatan. Selain penyediaan ciri-ciri untuk memantau kesihatan dan kecergasan, Fitbit Alta nyata lebih menyerlah dengan rekaan yang kelihatan lebih bergaya sesuai untuk pengguna yang mementingkan penampilan menarik. Reka bentuk yang nipis dengan keupayaan untuk digayakan mengikut gaya penampilan anda, serta keupayaan untuk sentiasa memantau tahap kecergasan anda ini secara tidak langsung berupaya memotivasikan si pemakai untuk terus bergerak.
Fitbit Alta kini boleh dimiliki pada harga RM600 dan dijual di kedai peruncit utama di Malaysia termasuklah A One Plus, Courts, Harvey Norman, iStore, iTworld, RadioShack, Senheng dan All IT Hypermarket. Ia tersedia dalam empat warna pilihan iaitu Black, Blue, Teal atau Plum. Di dalam majlis pelancaran itu juga, Fitbit turut memperkenalkan tambahan aksesori tali iaitu tali klasik (RM130), tali kulit premium (RM250) dan juga tali besi tahan karat (RM420).

