
Logitech hari ini tampil dengan produk terbaharu mereka iaitu tetikus khusus untuk kegunaan gaming. Model yang dilancarkan ialah Logitech G304 LIGHTSPEED yang hadir dengan tanpa wayar.

Apa kelebihan yang ada pada tetikus ini ialah ia dilengkapi teknologi sensor yang dipanggil HERO (High Efficiency Rated Optical) yang para gamer gemarkan. Logitech mengatakan ia juga mampu bertindak dan respon lebih pantas berbanding tetikus berwayar gaming yang ada di pasaran.

Kuasa yang dihasilkan juga lebih efisyen sehingga berkemampuan mencapai 10 kali ganda lebih baik daripada generasi yang terdahulu. Sensor yang dimuatkan turut menyokong sensiviti sehingga 12,000 DPI dan ketepatan yang tinggi pada 400 IPS.

Kuasa yang menghidupkan tetikus ini hanya bergantung kepada bateri standard saiz AA yang kebiasan boleh dilihat pada alat kawalan jauh di rumah. Dengan berat 99 gram, ia juga jimat bateri dan mampu bertahan lebih lama.
Logitech G304 LIGHTSPEED kini dijual pada harga RM199 dan akan berada di wakil penjual sah seluruh negara bermula Julai 2018.

