
vivo secara rasminya melancarkan V20 dan V20 Pro, model terbaharu dalam siri V20 “Be The Focus” di Malaysia, melalui majlis pelancaran produk yang bersiaran langsung di halaman Facebook dan saluran YouTube Rasmi vivo Malaysia. Siri V20 menawarkan keupayaan inovatif swafoto yang membolehkan pengguna untuk merakam dan mengabadikan momen terindah dalam hidup mereka, terutama dengan teknologi terbaharunya – Eye Autofocus.

Kamera depan V20 dan V20 Pro membolehkan pengguna untuk meneroka dunia baru dalam keupayaan swafoto. Telefon pintar V20 mempunyai kamera depan 44MP Eye Autofocus manakala V20 Pro pula dilengkapi dengan Eye Autofocus Dual Front Camera, yang terdiri daripada 44MP Super Definition Main Camera dan 8MP Super Wide-Angle Camera. Lensa utama bagi V20 dan V20 Pro menampilkan Eye Autofocus (AF), yang menggunakan algoritma lanjutan untuk mengesan dan fokus kepada objek swafoto yang bergerak.
Dengan kemampuan untuk memperjelaskan lagi kualiti gambar dan video yang diambil beramai-ramai serta mengesan subjek bergerak, ciri ini sangat ideal untuk pelbagai senario seperti merakam vlog dan swafoto berkumpulan. Kualiti vlog dipertingkatkan lagi dengan ciri Steadiface Selfie Video yang menstabilkan subjek apabila merakam video, melalui algoritma pemfokusan wajah yang melakukan pemotongan tepi secara bersasar. Ciri-ciri ini mencerminkan kepekaan vivo tentang masalah pengguna umum apabila merakam gambar dan video menggunakan telefon pintar.

Kamera depan V20 dan V20 Pro juga sarat dengan pelbagai ciri tambahan — Slo-Mo Selfie Video, 4K Selfie Video, dan Super Night Selfie yang memperhebatkan lagi kualiti swafoto dan memperkasa pengguna untuk merakam saat-saat istimewa dalam hidup mereka. Sementara itu, komposisi kamera belakang 64MP-8MP-2MP menampilkan ciri Super Night Mode pada lensa utamanya, yang menyokong rakaman menggunakan tripod, pemandangan malam bersudut lebar, dan Stylish Night Filter yang membolehkan pengguna untuk mengambil gambar yang mengagumkan di dalam senario pencahayaan yang malap.
Peranti ini juga menampilkan Dual-View Video yang membolehkan pengguna menggabungkan bahagian rakaman yang diambil menggunakan kamera depan dan belakang, menggandakan daya kreativiti mereka dan menjadikan ia lebih menyeronokkan. Manakala, 8MP Super Wide Camera bagi V20 Pro menawarkan Super Wide-Angle Selfie bersudut 105° (103.6° selepas pembetulan distorsi), dan digandingkan bersama algoritma pembetulan distorsi untuk menghasilkan gambar yang sangat lebar dan tampak semula jadi.
V20 dan V20 Pro masing-masing dikuasakan oleh pemproses Qualcomm® Snapdragon™ 720G dan 765G, yang mempersembahkan prestasi lancar untuk aplikasi dan permainan. Bateri berkapasiti 4,000mAh (TYP) dengan teknologi FlashCharge 33W vivo untuk ketahanan padu dan masa pengecasan yang pantas.

Kedua-dua V20 dan V20 Pro boleh didapati di Malaysia pada 24 Oktober 2020, dan masing-masin berharga RM 1,499 dan RM 1,899. Para-tempahan kini dibuka di kedai rasmi vivo Malaysia di Shopee dan Lazada hingga 23 Oktober 2020, dengan hadiah eksklusif percuma* bernilai sehingga RM 788 dan RM 758 masing-masing.

Pelanggan yang membuat pra-tempahan untuk vivo V20 di Shopee, akan menerima beg duffel kulit bernilai RM 100, lanjutan waranti telefon dan lanjutan perlindungan keretakan telefon bernilai RM 299 dan kad Starbucks dengan nilai RM 30 (untuk 50 pelanggan pertama), sementara stok masih ada. Selain itu, setiap pelanggan kelima juga akan menerima sepasang fon telinga vivo, TWS Neo Earbuds semasa tempoh para-tempahan iaitu 20 – 23 Oktober 2020.