Sony Xperia XA Ultra, Tampil Dengan Paparan Skrin Besar

1Pada pameran WMC 2016 yang lepas, Sony telah memperkenalkan siri Xperia XA yang sangat menarik. Kini Sony menambah sebuah lagi model di dalam siri tersebut iaitu Xperia XA Ultra.

Xperia XA Ultra adalah phablet terbaru keluaran Sony yang menampilkan paparan skrin sebesar 6.0 inci yang dikatakan bakal pengganti Xperia Z Ultra yang diperkenalkan sebelum ini. Rekaan kerangka mirip seperti siri Xperia XA turut menawarkan lensa penggambaran utama 21.5 Megapixel Exmor RS.

pic 4_meitu_4Manakala kamera depan yang memfokuskan kepada pengguna yang gemar mengambil gambar selfie telah hadir dengan lensa beresolusi 16 Megapixel dengan sokongan OIS. Dikuasakan oleh pemproses MediaTek MT6755, 64 bit dengan Octa Core, Xperia XA Ultra turut menawarkan memori dalaman 16GB dengan RAM berkapasiti 3GB RAM. Sepertimana peranti keluaran Sony sebelum ini, bateri phablet ini mampu bertahan selama 2 hari dalam mod standby.

You might also like