Insurans Covid Cover Secara Percuma Bagi 200,000 Pelanggan Yang Pertama Oleh Digi!!

Ketika negara sedang gigih melawan virus COVID 19 ini, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) kini tawaran insurans Covid Cover secara percuma bagi 200,000 pelanggan yang pertama.

Covid Cover menawarkan perlindungan komprehensif jangka pendek bagi pelanggan yang mungkin perlu dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan ketika krisis Covid-19 terus meruncing. Pelanggan kini boleh melindungi diri mereka dengan semudah menekan butang melalui aplikasiMyDigi.

Tawaran pelan Covid Cover percuma akan memberikan pelanggan perlindungan selama 30 hari setelah permohonan mereka diluluskan. Liputan tersebut merangkumi manfaat Tunai Hospital berjumlah RM60 bagi hospitalisasi akibat Covid-19, serta manfaat kematian berjumlah RM20,000. Tawaran ini dibuka sehingga 30 April 2020 atau sehingga kesemua 200,000 pelan telah dilanggan.

Bagi pelanggan yang terlepas tawaran percuma ini, mereka masih boleh melanggan mana-mana pakej insurans mampu milik yang lain, dari harga serendah RM5 hingga RM20 untuk tempoh 30 hari.Kesemua pelan menawarkan pelindungan menyeluruh yang merangkumi manfaat Tunai Penghospitalan, Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK), termasuk manfaat tambahan sekiranya pelanggan menghidap Denggi atau Zika.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pelan insurans Covid Cover boleh klik di sini.

You might also like